Latihan Simulasi dan Menyelamat Bencana Response
Time ‘Ops Gaung’ Kor SISPA UiTM 2013
Pada tanggal 23 November 2013 telah
berlangsungnya Latihan Simulasi dan Menyelamat Bencana Response Time ‘Ops
Gaung’ anjuran Kor SISPA UiTM. Latihan ini telah dirancang dengan penuh rapi
oleh pihak urusetia. Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada anggota Kor SISPA UiTM
mengenai keadaan kemalangan yang sering kali berlaku di Malaysia. Pihak
urusetia telah turun padang ke lokasi Latihan Simulasi Ex-Storm yang telah diadakan oleh agensi-agensi
penyelamat sendiri bagi melalui pengalaman latihan simulasi untuk dikongsikan
bersama Kor SISPA UiTM.
Latihan simulasi ini bukan sahaja disertai oleh
anggota Kor SISPA UiTM . Latihan ini turut dijalankan dengan kerjasama :
- Pusat Pegawai Muda UiTM Shah
Alam
- Jabatan Pertahanan Awam negeri
Selangor
- Pusat Kokurikulum UiTM
- Jabatan Komunikasi Korporat
UiTM
- Unit Krisis dan Bencana UiTM
- Pusat Kesihatan UiTM
- Polis Bantuan UiTM
- Bahagian Pengurusan Fasiliti
Latihan ini telah diadakan di lokasi kejadian
Jalan Cendekiawan UiTM Shah Alam. Kejadian bas jatuh gaung yang melibatkan 39
orang mangsa. Terdapat mangsa yang mengalami kecederaan ringan ,parah dan juga
terdapat mangsa yang kehilangan nyawa. Latihan ini telah diketuai oleh Komander
Response Time yang akan mengeluarkan arahan setelah mendapat laporan mengenai
kemalangan. Kawasan kejadian telah dizonkan kepada zon hijau, zon kuning dan
juga zon merah. Bingkisan daripada latihan ini adalah seperti berikut :
Majlis perasmian Response Time yang telah
disertai oleh wakil dari agensi yang terlibat. Pengarah Pertahanan Awam negeri
Selangor (PPAN) telah merasmikan Latihan Simulasi dan Menyelamat Bencana
Response Time ‘Ops Gaung’.
Upacara simbolik Response Time yang telah dijalankan
dengan membunyikan siren kecemasan menandakan Pusat Kawalan Operasi Bencana
(PKOB) telah mendapat laporan mengenai kemalangan yang berlaku di Jalan
Cendekiawan, UiTM Shah Alam.
Komander Response Time melapor bagi meminta
kebenaran bagi memulakan Operasi Menyelamat ‘Ops Gaung’.
Pusat kawalan operasi bencana(PKOB) yang sentiasa
berhubung dengan pos kawalan tempat kejadian(PKTK) bagi memastikan kelancaran
operasi menyelamat.
Keadaan di pos kawalan tempat kejadian (PKTK)
Kunjungan dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar UiTM.
Keadaan di kawasan kejadian.
Keadaan mangsa yang terkeluar dari bas.
Anggota penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari
kawasan kejadian.
Mangsa telah dikeluarkan dari kawasan kejadian.
Mangsa yang telah dikeluarkan dari kawasan kejadian
ditempatkan di ‘sick bay’ bagi mendapatkan rawatan susulan.
Operasi menyelamat telah berjaya mengeluarkan
seramai 39 orang mangsa dari kawasan kejadian. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada agensi-agensi yang terlibat bagi menjayakan latihan ini. Tahniah juga
kepada urusetia yang telah bertungkus- lumus dalam menjayakan latihan ini. Anjuran
aktiviti seperti ini amat bermanfaat dan perlu diteruskan pada masa hadapan.