Tuesday, December 3, 2013

 Latihan Simulasi dan Menyelamat Bencana Response Time ‘Ops Gaung’ Kor SISPA UiTM 2013

Pada tanggal 23 November 2013 telah berlangsungnya Latihan Simulasi dan Menyelamat Bencana Response Time ‘Ops Gaung’ anjuran Kor SISPA UiTM. Latihan ini telah dirancang dengan penuh rapi oleh pihak urusetia. Objektif utama latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota Kor SISPA UiTM  mengenai keadaan kemalangan yang sering kali berlaku di Malaysia. Pihak urusetia telah turun padang ke lokasi Latihan Simulasi Ex-Storm  yang telah diadakan oleh agensi-agensi penyelamat sendiri bagi melalui pengalaman latihan simulasi untuk dikongsikan bersama Kor SISPA UiTM.
Latihan simulasi ini bukan sahaja disertai oleh anggota Kor SISPA UiTM . Latihan ini turut dijalankan dengan kerjasama :
  1. Pusat Pegawai Muda UiTM Shah Alam
  2. Jabatan Pertahanan Awam negeri Selangor
  3. Pusat Kokurikulum UiTM
  4. Jabatan Komunikasi Korporat UiTM
  5. Unit Krisis dan Bencana UiTM
  6. Pusat Kesihatan UiTM
  7. Polis Bantuan UiTM
  8. Bahagian Pengurusan Fasiliti


Latihan ini telah diadakan di lokasi kejadian Jalan Cendekiawan UiTM Shah Alam. Kejadian bas jatuh gaung yang melibatkan 39 orang mangsa. Terdapat mangsa yang mengalami kecederaan ringan ,parah dan juga terdapat mangsa yang kehilangan nyawa. Latihan ini telah diketuai oleh Komander Response Time yang akan mengeluarkan arahan setelah mendapat laporan mengenai kemalangan. Kawasan kejadian telah dizonkan kepada zon hijau, zon kuning dan juga zon merah. Bingkisan daripada latihan ini adalah seperti berikut :

Majlis perasmian Response Time yang telah disertai oleh wakil dari agensi yang terlibat. Pengarah Pertahanan Awam negeri Selangor (PPAN) telah merasmikan Latihan Simulasi dan Menyelamat Bencana Response Time ‘Ops Gaung’.

 Wakil dari agensi-agensi yang terlibat.

Upacara simbolik Response Time yang telah dijalankan dengan membunyikan siren kecemasan menandakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah mendapat laporan mengenai kemalangan yang berlaku di Jalan Cendekiawan, UiTM Shah Alam.

Komander Response Time melapor bagi meminta kebenaran bagi memulakan Operasi Menyelamat ‘Ops Gaung’.

Pusat kawalan operasi bencana(PKOB) yang sentiasa berhubung dengan pos kawalan tempat kejadian(PKTK) bagi memastikan kelancaran operasi menyelamat.

Keadaan di pos kawalan tempat kejadian (PKTK)

Kunjungan PPAN ke pos kawalan tempat kejadian dan sedikit perkongsian ilmu dari PPAN.

Kunjungan dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM.

Keadaan di kawasan kejadian.

Keadaan mangsa yang terkeluar dari bas.

Anggota penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari kawasan kejadian.

Mangsa telah dikeluarkan dari kawasan kejadian.

Mangsa yang telah dikeluarkan dari kawasan kejadian ditempatkan di ‘sick bay’ bagi mendapatkan rawatan susulan.

Operasi menyelamat telah berjaya mengeluarkan seramai 39 orang mangsa dari kawasan kejadian. Jutaan terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat bagi menjayakan latihan ini. Tahniah juga kepada urusetia yang telah bertungkus- lumus dalam menjayakan latihan ini. Anjuran aktiviti seperti ini amat bermanfaat dan perlu diteruskan pada masa hadapan.





Copyright CYO.JPAMSelangor